Khamis, 6 September 2012

Sabtu, 1 September 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

Solat Jamak (himpun solat) dan Qasar (2 rakaat)

Solat jamak, qasar ketika balik kampung

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 13 Ogs 2012    



Jika kita berasal di satu tempat, kemudian kita berpindah darinya dan tinggal/bermastautin di tempat yang lain, merujuk kepada amalan Nabi SAW, harus kita melakukan solat musafir (yakni jamak dan qasar) tatkala kita bermusafir ke tempat asal kita jika jaraknya melebihi dua marhalah dari penempatan baru kita.

Sedia dimaklumi bahawa Nabi SAW berasal dari Makkah, kemudian berhijrah ke Madinah. Hadis-hadis Nabi SAW menceritakan bahawa tatkala baginda bermusafir ke Makkah, baginda melakukan solat musafir ketika berada di Makkah - walaupun Makkah itu asalnya adalah tanah kelahirannya. Seorang sahabat bernama ‘Imran bin Hushain menceritakan;

“Aku pernah berperang dengan Rasulullah SAW dan bersama baginda ketika pembukaan kota Makkah. Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dengan tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat (yakni melakukan solat qasar). (Selepas memberi salam), baginda berkata (kepada makmum di belakangnya dari kalangan penduduk Mekah); “Wahai penduduk Mekah, sempurnakan solat kamu kepada empat rakaat kerana kami adalah golongan musafir”. (HR Abu Daud).

Berdasarkan hadis ini, harus kita melakukan solat musafir apabila kita pulang ke kampung/penempatan kelahiran kita jika kita tidak lagi menetap di situ. Adapun tempoh keharusan melakukan solat musafir, (yakni jama’ dan qasar) diharuskan selagi seseorang itu berada dalam musafir (perjalanan). Jika ia berhenti di satu tempat, sekiranya dia berniat untuk tinggal di situ empat hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi solat musafir (jamak dan qasar) hinggalah hari keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulama (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.

Sekiranya berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya dia akan keluar dari situ, harus baginya solat musafir di situ selama 18 hari mengikut mazhab Syafi’ie (yakni selepas 18 hari tidak harus lagi solat musafir walaupun urusannya belum selesai). Menurut mazhab Imam Abu Hanifah, Malik dan Ahmad; harus solat musafir selagi urusannya belum selesai sekalipun memakan masa bertahun.

Mengenai pendapat ulama, ada sebahagian ulama berpendapat; tidak harus seseorang melakukan solat musafir jika singgah di suatu tempat yang ada di situ ahli keluarga dan hartanya. Dia hanya harus melakukan solat musafir ketika dalam perjalanan ke situ sahaja. Adapun apabila sampai, hendaklah melakukan solat penuh.

Hal ini kerana dengan adanya keluarga dan hartanya di situ, maka tempat itu telah telah menyerupai negeri/kawasan penempatannya. Antara yang berpandangan sebegini ialah Imam Ahmad dan az-Zuhri. Berkata Imam az-Zuhri; sesiapa bermusafir dengan melalui ladang/kebun miliknya, tidak harus solat musafir di situ. Pandangan ini diambil dari Ibnu ‘Abbas. Menurut beliau; jika kamu tiba di satu kawasan/tempat yang ada ahli keluarga atau harta kamu, hendak lah kamu mengerjakan solat sebagaimana solat orang mukim (orang yang menetap), yakni; solat dengan sempurna, tanpa qasar.

Namun jumhur ulama (termasuk Imam Syaf’ie, Ibnu al-Munzir, Imam Malik dan sebagainya) berpendapat; harus solat musafir selama tidak berniat menetap (bermukim) di situ. Jika berniat menetap (bermuqim) di situ, tamatlah keharusan solat musafirnya (yakni hanya harus mengerjakan solat musafir di perjalanan sahaja dan apabila sampai hendaklah melakukan solat sebagaimana biasa). Jadi menurut pandangan ini hukum bermusafir ke tempat yang ada ahli keluarga kita sama seperti bermusafir ke tempat lain, iaitu harus melakukan solat jamak dan qasar (jika mencukupi syarat-syarat dari segi jarak dan sebagainya) selama kita tidak berniat untuk menetap atau bermastautin di situ.

Pandangan pertama berdalilkan hadis riwayat Imam Ahmad yang menceritakan bahawa; Saidina ‘Usman apabila berada di Makkah, beliau tidak mengqasarkan solatnya akan tetapi melakukannya dengan sempurna. Lalu perbuatannya disanggah oleh sahabat-sahabat yang lain. Maka dia menjawab; Aku telah berkeluarga di Makkah. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa berkeluarga di satu negeri, hendaklah Dia mengerjakan solat sebagaimana orang muKim (yakni tidak boleh jamak dan qasar)” (Riwayat Imam Ahmad). Namun, para ulama hadis telah sepakat mengatakan bahawa; hadis ini adalah dhaif (lemah), tidak harus dijadikan hujjah.

Isnin, 13 Ogos 2012

BABI: HIKMAH PENGHARAMANNYA

Ada seorang ilmuwan bertanya kepada seorang Ulama mengenai babi:... Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat Muslim adalah disebabkan kerana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedoktoran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal? Ulama : Haramnya babi bukan kerana sebab itu saja. Tetapi ada sifat babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam. Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang diisi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi diisi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menekanya? Ilmuwan : Tidak boleh!!!! Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama di mana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina, 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk merebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT. Ilmuwan : Pada kandang babi? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut-ikutan memakan babi, maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini. Dan ade sstengah pendapat mengatakan "Mayat yang mukanya seperti babi. Itulah petanda semasa hidupnya dia tidak melakukan solat lima waktu dan tidak menjaga solat lima waktu serta lalai dalam solatnya".. Allah SWT dengan jelas telah MENGHARAMKAN babi di dalam ayat-ayat berikut: a. Al-Baqarah 173 b. Al-Ma’idah 3 c. Al-An’am 145 d. An-Nahl 115. PENGHARAMAN BABI Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, mahupun bahagian-bahagian yang lain. Ini dinyatakan dengan jelas melalui firman Allah SWT dalam ayat-ayat di atas. Al-Quran menggunakan kata ‘lahma’ (daging) kerana sebahagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Quran menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya, tetapi keseluruhan tubuh babi.

Zikir Terapi Selawat

Zikir Terapi Selawat Imam Muda Najdi Susunan track zikir yang terdapat dalam album : 1- Tola’al Badru ‘Alaina 2- Allahumma Solli ‘Ala Muhammad 3- Solla’ Alaikallah 4- Salamun ‘Alaih 5- Solatullah 6- Sollallah ‘Ala Muhammad 7- Ya Habibi 8- Selawat dan salam 9- Ya Nabi Salam 10- Salamun ‘alaih (Bonus) Dapatkan album zikir selawat ini yang sudah berada di pasaran dengan harga serendah RM 19.90 sahaja. Album ini diedarkan oleh Warner Music Malaysia Sdn Bhd.

Jumaat, 20 Julai 2012

Ucapan Tahniah

Tahniah kepada sahabatku Us. Anuar Ghazali kerana berjaya mendapat JOHAN dalam tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC pada 6-13 Julai 2012.

Tahniah

Ucapan tahniah kepada us wan fakhrul razi wan mohamad, pelajar PHD, Jab. Pengajian al-Quran & al-Sunnah kerana berjaya mendapat JOHAN dalam tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Antara Universiti-universiti IPTA/IPTS yang telah berlangsung di Pusat Kesenian Islam, KL pada 14 Julai 2012. Berita ini disiarkan dalam e-warga UKM pada 20 Julai 2012 (ewarga/bul/bil.20072012-121)

Selasa, 29 Mei 2012

Web Translator

Web yang disediakan utk menterjemah sebarang artikel pelbagai bahasa..

http://st-takla.org/Online_Services/Arabic-English-Dictonary-All-Languages-Free-Translate.html

Khamis, 29 Mac 2012

Rakaman surah ali imran ayat 190

Rakaman surah ali imran ayat 190 utk kanak-kanak masuk pertandingan tilawah 2012

Isnin, 5 Mac 2012

Download kitab Manahij Mufassirin bagi PY1242 Metodologi Al-Quran Dan Al-Hadith

Download kitab Manahij Mufassirin bagi PY1242 Metodologi Al-Quran Dan Al-Hadith

Download kitab tafsir Ibnu Khatir bagi Pembelajaran Kajian Teks Tafsir Dan Hadith

Download kitab tafsir Ibnu Khatir bagi Pembelajaran Kajian Teks Tafsir Dan Hadith

(
)

Selasa, 28 Februari 2012

POSTER DAN BORANG SEMINAR MAQASID AL-QURAN 2012



SEMINAR AKAN BERLANSUNG PADA 24 DAN 25 MAC 2012.MANA-MANA PELAJAR YANG INGIN BERDAFTAR, SILA TERUS KE KAUNTER JABATAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN ALSUNNAH, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.

Khamis, 16 Februari 2012

Majlis Penyampain Sijil Kursus Tarannum Siri-2 2012

Pada 20 Januari 2012/Hari Jumaat: 10.00 - 11.30 am
Bertempat: Bilik Mesyuarat 1, Fakulti Pengajian Islam, UKM



















Pihak Jabatan al-Quran mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan para peserta semua.