Sabtu, 17 Oktober 2009

Anakku...

Khamis, 15 Oktober 2009

BANK SOALAN TARANNUM

1- Sebutkan definasi Ilmu Tarannum dan Ilmu Aswat?

2- Bincangkan sejarah Tarannum di zaman Nabi s.a.w dan para sahabat?

3- Apakah hukum membaca al-quran secara berlagu? dan apakah hukum mempelajari Ilmu Tarannum, hujjahkan dengan nas dan dalil yang betul?

4- Nyatakan pembahagian lagu-lagu tarannum yang ada pelajari?

5- Sebutkan jenis-jenis tarannum?

6- Dalam kaedah pembelajaran suara, terangkan pembahagian suara dan jenis-jenisnya?

7- Huraikan dengan terperinci hadis yang mengatakan supaya membaca al-quran dengan lahjah arabiah?

9- Terangkan istilah-istilah tersebut:
1. Jumalah Harakat
2. Takrir
3. Quflah
4. Mahattah
5. Tadarruj
6. Wuslah
7. Burdah
8. Urab
9. Muhayyar
10. Tasykil Nagham
11. Sulalim
12.Qitaah

10. Nyatakan titik pertemuan dintara tajwid, fasohan dengan tarannum?

11 Huraikan pendapat mazhab mengenai hukum pembacaan tarannum?

12. Jelaskan perbezaan diantara tarannum Misri dan Hijazi?

13. Sebutkan turuq-turuq bacaan bertarannum dan pilih salah satu daripadanya dan nyatakan hujjah pilihan anda?

14.Apakah ciri-ciri sesebuah bacaan berlahjahkan arabiah?

15. Diantara taqlid dan madrasah dalam pembacaan tarannum, huraikan kefahaman mengenai kedua-dua perkara tersebut?

16. Hujjahkan dengan dalis dan nas terhadap dakwaan-dakwaan mengatakan tarannum bercanggah dengan tajwid?

Kerja berkumpulan mengeratkan lagi silaturrahim dan
mempertemukan pandangan-pandangan bernas....

Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan sedang tekun mendengar
leteren WH dalam kelas tarannum...

Khamis, 8 Oktober 2009

Tahap-tahap Pembelajaran Ilmu Tarannum Yang Berkesan

Untuk mengusai Ilmu Tarannum secara berkesan dan sempurna, pelajar perlu melalui 5 tahap proses pembelajaran secara berskala;

ASPEK TARANNUM

Tahap 1 : Ialah proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa
timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2: Ialah proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut
keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan
lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3: Ialah proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta
kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)

Tahap 4: Ialah proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak
sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah
kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah
jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5: Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal
hingga akhir.


Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan itu. Tempoh satu semester (3 bulan) tidak cukup bagi seseorang yang belum ada maklumat atau info asas dalam pembelajaran tarannum. Tempoh paling ideal ialah 2-3 tahun.

Selamat belajar dan selamat menjawab peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.


Rabu, 7 Oktober 2009














Gambar Syeikh Mustafa Ismail









Selasa, 6 Oktober 2009

Minggu al-Qur'an dan al-Sunnah

Minggu al-Qur'an dan al-Sunnah akan diadakan pada:

Hari: Isnin hingga Rabu

Tarikh: 23 hingga 25 Syawal 1430 bersamaan 12 hingga 14 Oktober 2009.

Tempat: Foyer Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Aktiviti: 1) Ceramah Ilmiah

2) Gerai Jualan dan Pertandingan Tilawah & Hafazan

3) Forum al-Qur'an dan al-Sunnah

4) Jamuan Hari Raya Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah

5) Gotong Royong Menceriakan Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah

Diharap semua pelajar dapat mengikuti program yang dilaksanakan nanti.

Isnin, 5 Oktober 2009

Maqam Syeikh Mustafa Ismail 1905M-1978M


Nama penuh Syeikh Mustafa Ismail ialah Mustafa Muhammad Al-marsa Ismail. Lahir pada 17 jun 1905 di kampung Mait Ghazal di Tonto Mesir.

Beliau mula menghafaz al-quran pada usia 6 tahun, dan tamat pada usia 10 tahun bermula di madrasah al-quran Syeikh Abdul rahman Abu Ainin selama 2 tahun dan selesai menghafaz di madrasah Syeikh Abdullah Syahatah selama 2 tahun.

Seterusnya beliau menyambung pengajiannya ke madrasah Syeikh Muhammad Abu Hasyis dan Syeikh Idris Fahkir. Disana Syeikh Mustafa belajar ilmu tajwid dan ilmu qiraat selama 8 tahun dan telah murajaah al-quran dengan Syeikh Idris Fakhir sebanyak 30 kali khatam al-quran, ketika itu usia beliau 16 tahun pada tahun 1917M. Kejayaan beliau mengahafaz al-quran, belajar ilmu tajwid dan juga menguasai ilmu qiraat saba' atau asyar selama 2 tahun, adalah satu kejayaan yang cukup besar untuk peribadi beliau dan untuk syeikh Idris Fakhir, kerana beliau merupakan Syeikh terakhir yang membimbing Syeikh Mustafa dan dapat menyempurnakan usul al-qiraat dan tajwid dengan lebih diyakini.

Pada tahun tersebut (1917M), beliau menyambung lagi pengajian beliau di Maahad Al-Quran al-ahmadi Tonto untuk mendalami lagi ilmu alquran khususnya ilmu tajwid, ilmu Qiraat, ilmu fekah dan ilmu tafsir dibawah bimbingan salah seorang syeikh beliau bernama Syeikh Almarwaj. Pada waktu itu, Syeikh Mustafa Ismail telah pun memakai pakain berserban, berjubah dan berselindang, yang belum pernah dipakai oleh mana-mana hafiz ketika itu. Peribadi beliau seperti seorang Syeikh Kabir.

Pada tahun 1920, pada usia 19 tahun, maka bermulalah episod yang lebih mencabar dalam diari hidup beliau dalam mengharungi pahit getir bergelumang dengan perjuangan al-quran. Selama hampir 6o tahun, beliau mengharungi cabaran sebagai seorang qari dan qurra'. Sepanjang itulah, beliau tidak pernah luntur untuk membaca al-quran dimana-mana sahaja sebagai satu daripada usaha dakwah untuk menyebarkan al-quran, sehingga apabila orang-orang kafir di eropah mendengar, mereka memeluk islam, dan sanggup menaja berpuluh ribu ringgit dengan menjemput syeikh mustafa serta menghantar kapal terbang khusus pergi/balik demi mendengar bacaannya.

Bacaan Syeikh Mustafa Ismail sempat dirakamkan sebanyak 59096 jam, tetapi yang ada hari ini jumlah yang terlalu kecil iaitu 300 jam sahaja, manakala bakinya entah hilang kemana???

Beliau mempunyai pengikut yang paling ramai di dunia serta bacaan beliau sangat berpengaruh kebanyakannya di eropah, afrika, timur, dan asean. Pengaruhnya di Malaysia sangat kuat, dan telah melahirkan ramai qari-qari yang hebat.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1978M, sekembalinya dari membaca al-quran untuk perasmian masjid baru di wiliyah Dumyat di Mesir. Semoga allah taala mencucuri rahmatnya, dan kita mengambil manfaat daripada apa yang telah ditinggalkan kepada kita semua..Amin..

Sami Yusof


Sami Yusuf- Asmaul Husna

Jumaat, 2 Oktober 2009

UNTUK AYAH DAN BONDA TERCINTA

AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA..CURAH DAN BAKTIMU...

MENGERAH KERINGAT..MERENTASI PANAS DAN HUJAN...

DEMI MEMBESARKAN...DAN MEMBERI PENDIDIKAN...

MOGA AYAH DAN BONDA...DALAM PAYUNGAN RAHMAT DAN INAYAHNYA...

Khamis, 1 Oktober 2009

salam perkenalan to myblog pcbukm...selamat hari raya aidilfitri semua..