Jumaat, 4 Disember 2009

Pertama

Bayyati - nisbah kepada keluarga al-Bayyat.

Kedua

Hujaz - nisbah kepada satu kawasan di semenanjung arab saudi.

Ketiga

Nahawand - nisbah kepada sebuah sebuah bandar di Iran

keempat

Rast - berasal dari Parsi Iran

Kelima

Sikah - berasal dari Hindi India

Keenam

Jiharkah -


Isnin, 2 November 2009

Kebenaran Al-quran

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...masyaAllah

Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

Ahad, 1 November 2009

Soalan Spot 2

s) Maksud Hadis berkenaan dgn Tarannum ialah: 'Apa yg Allah izinkan akan sesuatu itu, allah juga izinkan bagi Nabi supaya melagukan dgn al-quran', terangkan apa maksud hadis tersebut sebagaimana yg telah anda pelajarinya?

j) Hadis tersebut yg diriwayatkan oleh....memberi maksud bahawa allah taala memberikan izin kpd nabi supaya al-quran itu dibaca dgn berlagu, jelas dan terang. Menunjukkan bahawa berlagu atau bertarannum dgn al-quran dibolehkan sebagai mengganti budaya mendendangkan syair. Oleh kerana sifat manusia adalah fitrah utk melagukan sesuatu, maka sebagai ertenatifnya adalah berlagu dgn al-quran sebagai ganti amalan dan budaya lain. Melagukan al-quran memberikan satu ibadah dan pahala disisi Allah ta'ala yg tidak syak atau ragu-ragu lagi berbanding dgn amalan lain. Hadis tersebut juga adalah saranan atau 'izin' disini menyatakan kebenaran dari Allah taala kpd rasulnya..
Soalan Spot:

Apakah bentuk atau justifikasi bacaan berlahjahkan arabiah?

j) Bentuk atau justifikasi bacaan berlahjahkan arabiah adalah:-

1- Lahnun dan Sout Arab - Alunan dan Suara Arabiah

2- Lahjah Arab - Pertuturan dan Percakapan Arabiah

3- Uslub Arab - Gaya dan Cara Arabiah

4- Luknah Arab - Fasohah merangkumi sifat dan makhraj

5- Ta'bir Arab - Pengolahan, pengurusan, ungkapan arabiah

Sabtu, 17 Oktober 2009

Anakku...

Khamis, 15 Oktober 2009

BANK SOALAN TARANNUM

1- Sebutkan definasi Ilmu Tarannum dan Ilmu Aswat?

2- Bincangkan sejarah Tarannum di zaman Nabi s.a.w dan para sahabat?

3- Apakah hukum membaca al-quran secara berlagu? dan apakah hukum mempelajari Ilmu Tarannum, hujjahkan dengan nas dan dalil yang betul?

4- Nyatakan pembahagian lagu-lagu tarannum yang ada pelajari?

5- Sebutkan jenis-jenis tarannum?

6- Dalam kaedah pembelajaran suara, terangkan pembahagian suara dan jenis-jenisnya?

7- Huraikan dengan terperinci hadis yang mengatakan supaya membaca al-quran dengan lahjah arabiah?

9- Terangkan istilah-istilah tersebut:
1. Jumalah Harakat
2. Takrir
3. Quflah
4. Mahattah
5. Tadarruj
6. Wuslah
7. Burdah
8. Urab
9. Muhayyar
10. Tasykil Nagham
11. Sulalim
12.Qitaah

10. Nyatakan titik pertemuan dintara tajwid, fasohan dengan tarannum?

11 Huraikan pendapat mazhab mengenai hukum pembacaan tarannum?

12. Jelaskan perbezaan diantara tarannum Misri dan Hijazi?

13. Sebutkan turuq-turuq bacaan bertarannum dan pilih salah satu daripadanya dan nyatakan hujjah pilihan anda?

14.Apakah ciri-ciri sesebuah bacaan berlahjahkan arabiah?

15. Diantara taqlid dan madrasah dalam pembacaan tarannum, huraikan kefahaman mengenai kedua-dua perkara tersebut?

16. Hujjahkan dengan dalis dan nas terhadap dakwaan-dakwaan mengatakan tarannum bercanggah dengan tajwid?

Kerja berkumpulan mengeratkan lagi silaturrahim dan
mempertemukan pandangan-pandangan bernas....

Pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan sedang tekun mendengar
leteren WH dalam kelas tarannum...

Khamis, 8 Oktober 2009

Tahap-tahap Pembelajaran Ilmu Tarannum Yang Berkesan

Untuk mengusai Ilmu Tarannum secara berkesan dan sempurna, pelajar perlu melalui 5 tahap proses pembelajaran secara berskala;

ASPEK TARANNUM

Tahap 1 : Ialah proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa
timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2: Ialah proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut
keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan
lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3: Ialah proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta
kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)

Tahap 4: Ialah proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak
sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah
kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah
jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5: Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal
hingga akhir.


Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan itu. Tempoh satu semester (3 bulan) tidak cukup bagi seseorang yang belum ada maklumat atau info asas dalam pembelajaran tarannum. Tempoh paling ideal ialah 2-3 tahun.

Selamat belajar dan selamat menjawab peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.


Rabu, 7 Oktober 2009














Gambar Syeikh Mustafa Ismail









Selasa, 6 Oktober 2009

Minggu al-Qur'an dan al-Sunnah

Minggu al-Qur'an dan al-Sunnah akan diadakan pada:

Hari: Isnin hingga Rabu

Tarikh: 23 hingga 25 Syawal 1430 bersamaan 12 hingga 14 Oktober 2009.

Tempat: Foyer Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Aktiviti: 1) Ceramah Ilmiah

2) Gerai Jualan dan Pertandingan Tilawah & Hafazan

3) Forum al-Qur'an dan al-Sunnah

4) Jamuan Hari Raya Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah

5) Gotong Royong Menceriakan Jabatan al-Qur'an dan al-Sunnah

Diharap semua pelajar dapat mengikuti program yang dilaksanakan nanti.

Isnin, 5 Oktober 2009

Maqam Syeikh Mustafa Ismail 1905M-1978M


Nama penuh Syeikh Mustafa Ismail ialah Mustafa Muhammad Al-marsa Ismail. Lahir pada 17 jun 1905 di kampung Mait Ghazal di Tonto Mesir.

Beliau mula menghafaz al-quran pada usia 6 tahun, dan tamat pada usia 10 tahun bermula di madrasah al-quran Syeikh Abdul rahman Abu Ainin selama 2 tahun dan selesai menghafaz di madrasah Syeikh Abdullah Syahatah selama 2 tahun.

Seterusnya beliau menyambung pengajiannya ke madrasah Syeikh Muhammad Abu Hasyis dan Syeikh Idris Fahkir. Disana Syeikh Mustafa belajar ilmu tajwid dan ilmu qiraat selama 8 tahun dan telah murajaah al-quran dengan Syeikh Idris Fakhir sebanyak 30 kali khatam al-quran, ketika itu usia beliau 16 tahun pada tahun 1917M. Kejayaan beliau mengahafaz al-quran, belajar ilmu tajwid dan juga menguasai ilmu qiraat saba' atau asyar selama 2 tahun, adalah satu kejayaan yang cukup besar untuk peribadi beliau dan untuk syeikh Idris Fakhir, kerana beliau merupakan Syeikh terakhir yang membimbing Syeikh Mustafa dan dapat menyempurnakan usul al-qiraat dan tajwid dengan lebih diyakini.

Pada tahun tersebut (1917M), beliau menyambung lagi pengajian beliau di Maahad Al-Quran al-ahmadi Tonto untuk mendalami lagi ilmu alquran khususnya ilmu tajwid, ilmu Qiraat, ilmu fekah dan ilmu tafsir dibawah bimbingan salah seorang syeikh beliau bernama Syeikh Almarwaj. Pada waktu itu, Syeikh Mustafa Ismail telah pun memakai pakain berserban, berjubah dan berselindang, yang belum pernah dipakai oleh mana-mana hafiz ketika itu. Peribadi beliau seperti seorang Syeikh Kabir.

Pada tahun 1920, pada usia 19 tahun, maka bermulalah episod yang lebih mencabar dalam diari hidup beliau dalam mengharungi pahit getir bergelumang dengan perjuangan al-quran. Selama hampir 6o tahun, beliau mengharungi cabaran sebagai seorang qari dan qurra'. Sepanjang itulah, beliau tidak pernah luntur untuk membaca al-quran dimana-mana sahaja sebagai satu daripada usaha dakwah untuk menyebarkan al-quran, sehingga apabila orang-orang kafir di eropah mendengar, mereka memeluk islam, dan sanggup menaja berpuluh ribu ringgit dengan menjemput syeikh mustafa serta menghantar kapal terbang khusus pergi/balik demi mendengar bacaannya.

Bacaan Syeikh Mustafa Ismail sempat dirakamkan sebanyak 59096 jam, tetapi yang ada hari ini jumlah yang terlalu kecil iaitu 300 jam sahaja, manakala bakinya entah hilang kemana???

Beliau mempunyai pengikut yang paling ramai di dunia serta bacaan beliau sangat berpengaruh kebanyakannya di eropah, afrika, timur, dan asean. Pengaruhnya di Malaysia sangat kuat, dan telah melahirkan ramai qari-qari yang hebat.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1978M, sekembalinya dari membaca al-quran untuk perasmian masjid baru di wiliyah Dumyat di Mesir. Semoga allah taala mencucuri rahmatnya, dan kita mengambil manfaat daripada apa yang telah ditinggalkan kepada kita semua..Amin..

Sami Yusof


Sami Yusuf- Asmaul Husna

Jumaat, 2 Oktober 2009

UNTUK AYAH DAN BONDA TERCINTA

AYAH DAN BONDA YANG TERCINTA..CURAH DAN BAKTIMU...

MENGERAH KERINGAT..MERENTASI PANAS DAN HUJAN...

DEMI MEMBESARKAN...DAN MEMBERI PENDIDIKAN...

MOGA AYAH DAN BONDA...DALAM PAYUNGAN RAHMAT DAN INAYAHNYA...

Khamis, 1 Oktober 2009

salam perkenalan to myblog pcbukm...selamat hari raya aidilfitri semua..