Khamis, 8 Oktober 2009

Tahap-tahap Pembelajaran Ilmu Tarannum Yang Berkesan

Untuk mengusai Ilmu Tarannum secara berkesan dan sempurna, pelajar perlu melalui 5 tahap proses pembelajaran secara berskala;

ASPEK TARANNUM

Tahap 1 : Ialah proses mengenal tujuh alunan tarannum dengan konkrit dan berkonsisten, tanpa
timbul lagi perasaan ragu-ragu terhadap bunyi atau melodi tarannum tersebut.

Tahap 2: Ialah proses memasang lagu-lagu tarannum dengan teratur dan tersusun mengikut
keutamaan berdasarkan kepada teknik pengolahan, pengurusan, perimbangan dan
lain-lain.

ASPEK SUARA

Tahap 3: Ialah proses membetulkan cara pengendalian, pengurusan, pengolahan suara serta
kedudukan suara yang tepat pada bacaan dan juga sebutan huruf.

ASPEK TARANNUM DAN SUARA (GABUNGAN)

Tahap 4: Ialah proses menyambung lagu-lagu tarannum usul dengan furu', malakukan gerak
sumbang suara, kemahiran membuat qitaah, menyusun burdah sama ada burdah
kasar atau halus, jarang atau kerap, mempelbagaikan gaya dan alunan dalam sesebuah
jumlah harakat dan melatih bacaan berlahjahkan arabiah.

Tahap 5: Ialah proses membentuk bacaan yang lembut, cergas, tegas dan sempurna dari awal
hingga akhir.


Oleh kerana itu, seseorang yang ingin belajar tarannum dengan berkesan, mestilah melalui 5 tahap yang disebutkan itu. Tempoh satu semester (3 bulan) tidak cukup bagi seseorang yang belum ada maklumat atau info asas dalam pembelajaran tarannum. Tempoh paling ideal ialah 2-3 tahun.

Selamat belajar dan selamat menjawab peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan